2010-07-30

Kenderaan Tayar 4

Gua ade sorang kawan bising-bising mau gune kenderaan empat tayar. Setau gua makan tengah hari die pon mak die yang bayar kan, ni kan pulak nak gune kereta. Manufacturer tak nak yang perodua or proton ni. Nak yang bunyi ade ala-ala jepon sikit. Honda ke, toyota ke.. Baru-baru ni gua dengar memang die da gune kenderaan empat tayar brand Honda. Bebulu gak telinga gua bila dengar buah mulut orang mencanang. Mane la dia palau honda. Gua selidik sendiri nak sedapkan hati. Last-last sedih ati gua tengok member gua ni. Kat kenderaan honda tayar empat die ade tulis. 'Berhati-hati, pemandu cacat'. Sahabat-sahabat..., mane la moto OKU yang ko rembat tu...

2010-07-18

KingKong

Malam jumaat lepas gua tengok cerita kingkong kat tv3. Malam jumaat minggu lepas pon gua tengok gak kat tv3 tapi separuh ajela sebab separuh lagi kingkong yang tengok gua. Gua gugel 'kingkong' kat intenet tapi gua tak jumpe name saintifik die dan yang paling hampir gua jumpe adalah Megaprimatus kong. Gua tau kalau gua sebut bende ni lu orang memang tak percaye gua. Tapi kedai kampung gua memang ade jual king kong. Akak gua baru beli semalam buat isi ais krim jagung ngan milo.

2010-07-09

Kolumpo dan Kawasan Sewaktu dengannya

KOLUMPO. Mase gua tadika dan sekolah rendah, gua hanya tau 2 perkara mengenai kolumpo ni. 1 zoo negare dan kedue tempat brader-brader gi cari kerje. Tadika kampong gua dari zaman gua sampai ke zaman sekarang, tempat lawatan- zoo negare. Tu yang buat gua tau.. kolumpo tu ialah zoo negare je. Kalau dulu mase kecik-kecik kalau lepak-lepak kat bus stand, mesti ade brader-brader yang tunggu bas pakai jeans, tshirt round neck gamba XPDC pakai plak spek itam ray ban dan beg baju. Kalau tanye ..nak g mane bang? Mesti diorang jawab, kolumpo... cari kerje... Haish.. macam da xde tempat lain nak cari keje. Asik-asik kolumpo.


**********

Sekarang, da dekat 15 tahun baru gua tau. Kolumpo memang banyak keje!!! Bile nak dapat keje ni. Satu pon tak lekat lagi nih.. Arghhhh!!!!!!!!

2010-07-05

botol berharge 2 ringgit 50 sen

Gua memang cukup dahage suatu petang tu. Jadi gua perlukan sesuatu untuk mengembalikan bendalir badan yang hilang. Gua capai air di atas, tapi perase anggur. Brand ni memang gua da cam. Harga agak mahal hingga boleh mengerat tengkok. Gua bukak tutop botol gua hirup gaye betol-betol dahage. Cilakak!!! Lu orang try beli ice pop cair warne ungu dengan bende kat atas ni, pastu gitau gua die punye rase !!! jangan lupe.. kalau ice pop keras, patahkan dengan lutut sambil buat bunyi..yeeahh!!!!

RumpuT

Satu malam gua bersembang dengan sahabat gua. Rumahnya area-area gombak. Die cukup berlagak dengan gua sebab dapat layan world cup kat rumah dengan selese sambil makan kerepek kentang lays sedangkan gua masih meringkuk di bilik dengan nota-nota dan paper yang bakal diduduki keesokkan harinya walaupon gua tau hasilnya akan lingkup jua paper-paper itu..

Tapi gua tetap tak paham suatu perkara ini. Ramai orang tonton WC lihat corak permainan, lihat gol, tapi kenape kawan gua ni tengok WC cume tertarik kepade rumput-rumput di Afrika yang menghijau di tengah padang?? Gua masih konpius hingga sekarang...

Cerita Highway Plus

5 pagi kaki gua di tepuk seorang lelaki. Gua bingkas bangun walaupon tadi gua tak tau gua dengkur kuat mane mase layan mimpi. Gua cam muke mamat yang tepuk kaki gua tapi bukanlah pencuri. Gua tengok jam dah pukul 4 pagi.

'Hish.... betol-betol pukul 4 mamat Najib ni kejot gua. Memang sharp!. Gua ingat die memang leh keje kilang SHARP bahagian buat hair drier lah.' gua bermonolong sendirian dalam ati.

Gua capai tuale gua gi mandi. Sejuk tak payah nak cakap la. Siap semua gua layan baju GIVI pecut terus gi pahang. Hari ni gua jadi faizal hussein lagi dalam gila-gila remaja. Lapan jam atas kenderaan tayar 2 memang rase macam tunggang unte dari lanchang pergi temerloh. Eh betol ke? Gua barai sikit geograpi ni. Dalam bosan-bosan tunggu sampai jumpe papan tande 'Selamat Datang ke Pahang' gua ber mengelamun sendirian lagi. Baru gua perasan, gua da penah tunggang unte di sepanjang highway plus. Maksud gua kenderaan bertayar 2 lah. perlis-kedah-penang-perak-selangor-n9-melake-johor! Guish... patutnye kementerian jalan raya bagi gua award la. tak pon bagi keje kat gua yang tengah menganggur ni. Pegang bendere tepi highay pon takpe, daripada bagi kat patung baik bagi kat gua. Takkan die nak bayar murah, gua ni ade degree..Demand sket beb!

Tapi gua sedih sendiri. Jauh sampai ke Johor. Pinggang macam nak patah, tapi sikit pon tak di hargai. Bukan sekali dua gua rempit gi johor, tapi memang sekali pon gua agak.. Damn!!! baru sekarang nak menyesal. Padan muke ko Gowry!!!!