2010-02-06

Panas

Suhu kat bandaraya Kangar nih dah mencecah 33.2 degree celcius.
Gua basahkan tekak gua dengan ABC yang gua baru bungkus tadi.
Sedap kot tengah-tengah panas ni.
Tapi apesal gua tak jumpe laici dalam ABC special gua nih..
Xleh jadi nih..

2010-02-05

Jual beli cinta berleluasa

Sekarang gua dah makin pening dengan masyarakat dunia. Ramai yang kata cinta tu boleh di jual beli. Dari pandangan kiri ke kanan gua, cinta memang tak layak dijual beli. Ade jugak orang yang sanggup menjual beli cinta. Macam tadi, mase gua pergi membeli asam masin di sebuah kedai runcit di kawasan Kangar, gua nampak orang melakukan proses jual beli cinta kat depan mate gua. Tak tahu lah kalau ade yang melabelkan ia sebagai satu jenayah sosial. Gua agak terkesima bile harga yang diletakkan lagi murah daripada harga ayam. Tapi bagi gua, cinta nampak macam sedap. Nak-nak bila dapat cinta dekat kedai roti canai tepi kedai runcit nih. Terima kasih cinta. Sekarang gua dengar ramai yang dah suke makan cinta. Kementerian Hal ehwal pengguna perlu pantau benda ni. Jual beli cinta makin berleluasa. Gua ingat boleh habis duit gua kalau makan roti sardin selalu.














maaf, kualiti gambar henpon gua agak tidak puas hati.

Lagu Negeri Pahang

Ya Allah
yang Maha kuasa
lanjutkan usia ke bawah duli yang maha mulia
dirgahayu
darul makmur
aman dan bahagia sentiasa
Ya Allah
selamatkan
kebawah duli raja kami

Haha, sape orang pahang tapi tak kenal lagu yang sentimental ni memang lu orang tak steady. Gua start kenal lagu ni bile gua masuk sekolah rendah. Mase mule2 dengar lagu ni, sumpah gua tak reti nyanyi. Pitching gua dengan 2 3 orang kawan gua agak berterabur la. Selalunye lagu ni nyanyi mase perhimpunan hari isnin jek. Sambil2 nyanyi tu ade pengawas darjah 3 angkat bendere Pahang kat depan dan selalunye bendere tu sampai awal dahulu sebelum lagu ini habis. Nak lagi steady, pengawas tu turunkan balik sket bendere tu untuk naikkan bendere tu balik biar die habis same dengan lagu. kuang3

Menyesal [episod akhir]

Seperti dijangkakan, kutukan yang ala-ala gampang memang wujud. Bangun pagi dah kene kutuk dah, "muke lu macam pondan yang dok kat lorong-lorong gelap tu la wei". Gua steady lagi. Gua tau, sehari ni je gua kene bahan, nanti dah tak dah, kat kuliah, budak-budak ni siap lukis-lukis lagi muke gua untuk menjelaskan lagi kutukan mereka. Gua memang dah tak boleh belah. Pasni sumpah gua tak nak cukur misai dah.


credit to En Jenal dr Serawak sebab sudi lukis muke gua



2010-02-04

Menyesal

Tadi mase gua mandi, gua dah pikir..haram,jap lagi mesti budak-budak ni gelak sama gua, nyesal pon ade.. Tapi bende camni orang kate kalau dah buat tak dapat dah nak tarik balik. Macam mesin rumput la lebih kurang. Gua mentain kaver diri gua dan tenteramkan hati gua. Tapi tadi baru je gua langkah masuh bilik Rais dan gua tak sempat cakap ape-ape, die dah gelakkan gua. "bai, muke lu macam budak-budak la bai.."
haram, sumpah gua malu. Tu belum mamat Luqman tu tengok gua lagi. Agaknye mengekek gelak kan gua nanti. Esok plak nak pegi kelas, malu betul lah.. Mane la gua nak cari misai palsu malam-malam camni buat pakai pegi kelas esok.. haram tol!!

Makan Malam

ketunggg!!!!!!! (bunyi Gtalk seseorang)


candidate A : tak makan ke malam ni?

candidate G : Gua dah makan dah, gua makan roti je..

candidate A : kenyang ke?

candidate G : ok la tu, orang kate breakfast like a king, lunch like a begger.... makan malam biar macam peminta sedekah.

candidate A menggelakkan candidate G tanpa henti... lalu menimbulkan tidak puas hati dalam diri candidate G lalu dia sound balik kepada candidate A.

candidate G : apesal gelak?

candidate A : rasenye, lunch tu makan tengah hari, tu la nak speaking tak pandai!!! hahahaha...

selepas itu, candidate G terus of PC dan besepai segale CPU akibat terlalu marah dan malu, bak kate orang, kerana nila setitik, habis kampung digadaikan... Karam Gory Walia, melaporkan untuk anda!!




2010-02-01

Orang Minyak

Gua masuk rumah luqman hafifi dengan niat nak paw makanan roeh. Gua tengok lokman tengah sedap main game fifa kat laptop die. Tak sempat gua nak masuk bilik roeh gua dah lari masuk rumah gua dengan muke yang pucat.

Lokman trus YM gua..

'Apesal lu lari kuar dari umah gua laju2 tadi?'

gua balas dengan muke cuak..

'Gua nampak 2 orang minyak ngah main laptop kat tepi dinding lam rumah lu tadi'