2010-02-05

Jual beli cinta berleluasa

Sekarang gua dah makin pening dengan masyarakat dunia. Ramai yang kata cinta tu boleh di jual beli. Dari pandangan kiri ke kanan gua, cinta memang tak layak dijual beli. Ade jugak orang yang sanggup menjual beli cinta. Macam tadi, mase gua pergi membeli asam masin di sebuah kedai runcit di kawasan Kangar, gua nampak orang melakukan proses jual beli cinta kat depan mate gua. Tak tahu lah kalau ade yang melabelkan ia sebagai satu jenayah sosial. Gua agak terkesima bile harga yang diletakkan lagi murah daripada harga ayam. Tapi bagi gua, cinta nampak macam sedap. Nak-nak bila dapat cinta dekat kedai roti canai tepi kedai runcit nih. Terima kasih cinta. Sekarang gua dengar ramai yang dah suke makan cinta. Kementerian Hal ehwal pengguna perlu pantau benda ni. Jual beli cinta makin berleluasa. Gua ingat boleh habis duit gua kalau makan roti sardin selalu.














maaf, kualiti gambar henpon gua agak tidak puas hati.

2 comments:

  1. woi...aku lempang jugak ko ni gori..
    mati2 aku jual beli cinta tu hape..ghupenye,sardin cap cinta.
    hampeh

    ReplyDelete
  2. haha, mesti ko pon suke makan kan? kah3

    ReplyDelete