2010-04-06

Sengkang Menyengkang

Gua dah lame tak main sengkang kaki. Dulu mase sekolah darjah satu sampai darjah enam, tu permainan wajib dalam menjahanamkan kawan-kawan. Pakai kasut smart-smart datang sekolah sebab nak sengkang kaki orang je. Kasut plak tak boleh belah. Pakai kasut sparkle jenis lekat ade bende pantul-pantul kat pelekat die tu. Sumpah macam pundek kalau gua pikir-pikir balik. Tapi sape takde kasut tu memang tak Geng la. Gua guling-guling nangis kat abah gua sebab nak beli kasut tu kat kedai ayah samad. Lepas dapat beli malam tu rumah gua takleh bukak lampu sebab gua nak kasi suluh kasut sparkle gua atas lemari tu dengan torch light. Sumpah, gua orang paling stail malam tu. Tapi esok gua pegi sekolah tengok-tengok semue budak pakai kasut tu. Cis! hilang peluh jantan kat dahi gua.

Berbalik kepada aktiviti sengkang kaki tadi, gua sengkang care baik je, sentuh kaki sket-sket je, tapi kalau tak puas hati, sepakan kaki tu kene la macam sepak bola biar kasi sembam muke cecah lantai terus. Baru la world!!!! Tapi kalau kene kat kaki sendiri plak?? tak leh nak cakap ape la..Hamjad!!!! [1] padan muke gua. Arghhh!!!!



[1] Mowk et. al..Perlis Malaysia

0 orang tak puas hati:

Post a Comment